Senin, 23 Mei 2011

apa itu melamin?

Apakah itu Melamine ?
Melamine ialah bes organik yang terdiri daripada karbon,oksigen dan nitrogen. Bahan kimia ini kali pertama dihasilkan
oleh Justus von Liebig pada 1830 yang kemudiannya dihasilkan secara besar-besaran untuk kegunaan industri.
Seperti yang kita sedia maklum, melamine merupakan bahan yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk
melamine. Selain itu, melamine juga digunakan untuk menyelaputi permukaan plastik dan kayu.
Melamine mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi.Oleh itu, dengan mencampurkan bahan kimia ini ke
dalam susu yang dicairkan akan mengaburi bacaan sebenar tahap protein pada susu tersebut. Penambahan
Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang¬undang di bawah Akta Makanan 1983 dan
Peraturan¬Peraturan Makanan 1985.
Walaupun melamine sangat larut di dalam air dan mudah disingkarkan melalui urin, buah pinggang manusia tetap
mempunyai hadnya tersendiri. Akibatnya, pada dos melamine yang tinggi, ginjal tidak lagi mampu menyingkirkannya
dari tubuh badan manusia. Oleh itu, kepekatan melamine akan bertambah seterusnya membentuk kristal
yang turut dikenali sebagai batu karang.Pembentukkan batu karang ini akan bertambah saiz dari
semasa ke semasa yang akhirnya menyebabkan kegagalan ginjal yang serius.
Pada Mac 2007 yang lalu, satu kajian oleh pakar toksikologi,Perry Martos dari Universiti University of
Guelph mendapati ada satu lagi bahan kimia yang mendorong kepada pembentukan batu karang akibat
melamine iaitu cyanuric acid. Gabungan kedua-dua bahan kimia ini boleh menyebabkan pembentukan batu
karang yang sekaligus menyebabkan kegagalan ginjal.
Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata.
Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan
:
kerosakan pada sistem pembiakan
•pembentukkan batu karang dalam ginjal dan
pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi
Sebagai langkah proaktif ,semua pihak disarankan agar ibubapa dapat memantau gejala masalah buah pinggang seperti
bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah,dan tekanan darah tinggi pada bayi.
MAKLUMAT LANJUT SILA CLICK DI BAWAH.
http://en.wikipedia.org/wiki/Melamine

0 komentar:

Posting Komentar